Mereka paru-paru ku

Aku baring dalam bilik yang gelap, malam ini sejuk sekali. Hujan baru berhenti turun, dengan kuasa kipas macam enjin turbo boat-boat nelayan, ahh sejuk. Aku lihat di siling.. ahh gelap, mana nampak. Fikiran ku terasa jauh sekali. Hati ku terasa kosong sekali. Aku teringatkan dia, dan juga si dia. Susah, ada dua orang si dia dalam hidup ku. Si dia dan si dia, dua-dua bukan milikku. Hmm rasanya tak boleh juga cakap begitu.


Yang satu, pernah tinggalkan aku, dan kini datang kembali, menawarkan tempat untuk aku berkongsi kasih. Dan sewaktu aku berkata 'Iya', dia bukan milikku sepenuhnya. Yang satu lagi, datang tidak disangka, menerima diriku dengan seadanya. Belum sempat kami bersama, dia tinggalkan juga aku kerana status diriku 'si bekas kekasih kepada si dia'. Aku rasa aku tak pernah penting pun dalam hidup dia.

Memeningkan? Terlalu banyak 'dia' dalam tulisan ini? Tidak apa, sepening kamu, pening lagi hidup ku. Aku hilang rasa, aku tidak tahu apa harus ku rasa. Yang aku tahu, ada satu lubang besar dalam jiwa ku, dan lubang itu tidak pernah mengecil. Paling hairan, aku tak dapat lepaskan keduanya. Adakah aku tamak? Mungkin. Sebab aku ada perasaan 'sayang' untuk kedua mereka. Dan kedua mereka, adalah dalam golongan 'lelaki tidak guna' atau senang dalam english, bastard.

Tapi seteruk perangai mereka, luka mana pun hati ini dengan perbuatan mereka, sayang ini masih disitu. Dan buat aku betul-betul keliru. Kadang-kadang aku tanya "Tuhan, kenapa kau berikan perasaan kasih untuk dua orang lelaki pada waktu ini?" dan aku jawab pada diriku, mungkin ada hikmah disebaliknya. Yang aku pasti, aku takkan ada dua suami.

Merindui seseorang sudah menyeksakan. Merindui dua orang, bukan lagi penyeksaan, aku kategorikan dalam kes membunuh. Rindu mana pun aku pada mereka, satu orang pun takkan jadi milikku sepenuhnya.





1 comments:

Encik Mimpi said...

tajuk yg gmpakk..hehe

Post a Comment