Saya dah tak cakap Bah tapi gila makan Bambangan

Okeh, hari ini aku ada satu topik tuk dibincangkan/diperdebatkan. Eheheh macam lah ada urang disini mo berdebat. Tadi aku ternampak satu group di Facebook, yang "Me likeyy so muchhh". Auww punya gedik aku. Hahah group ni namanya ' MARI MENYAMPAH bila Orang Sabah Ckp Semenanjung Dgn Orang Sabah'. Aku rasa ni satu group yang bagus untuk berkongsi cerita, biar 'kumpulan minoriti' tuh terasa sikit. Tapi memang F word lah untuk mereka-mereka yang try naikkan isu sensitif/perkauman di group tuh, tidak kira dia sabahan or not.

So, aku pun mau berkongsi satu cerita. Last 2 year, aku dan sorang kazen berjalan-jalan di midvalley. Mau shopping kunu and belanja dia makan best-best. Lepastu kami terserempak lah dengan satu orang budak ni, rupanya kawan si kazen pula time sekolah di kampung dulu. Kami pun berkenal-kenalan lah. Aku diam ja sepanjang masa tuh, aku perhatikan ja budak tu. Budak tu cakap slang semenanjung terus owh. Padahal dia tau kami pun sabahan bah. Tapi langsung teda kluar pun skali word Sabah dia, apatah lagi bah dia. Aku diam ja. Then masa mo balik, aku tanyalah si kazen. "Kawan ko tuh sudah lama kah tinggal di KL? Cakap KL terus jak tuh". Si kazen pun jawablah " ehh, baru 6 bulan tuh". Punya macam shit! Aku disini sudah 11 tahun, masih juga sedar diri. Walaupun dorang di Sabah cakap, aku punya slang Sabah macam 'kacukan', tapi masih juga cakap Sabah bah. Kau baru 6 bulan, hilang ingatan kah apa kena langgar basikal sampai langsung lupa slang yang kita cakap dari kicik lagi? Tapi betul juga lah, ada golongan minoriti sabahan yang mungkin rasa diri dorang tuh cool bercakap semenangjung dengan orang sabah sendiri.

Hui ko silap besar ni jo! Nda cool langsung. Bikin orang rasa macam mo tampiling ko ja.

Sabahan cakap semenanjung dengan orang Semenangjung, itu benda NORMAL. Kita mestilah sesuaikan diri dengan persekitaran kan. Ini macam rupa Iguana duduk di atas batu tapi kulit warna merah jambu :|

Aku respect dengan orang Kelantan, sebab aku rasa dorang ada semangat patriotik yang tinggi *walaupun untuk negeri sendiri*. Cuba korang try makan kat mana-mana food court yang ramai student, boleh jer pun korang dengar dorang cakap Kelantan. Dorang tak malu untuk cakap dalam slang dorang sendiri. So dear Sabahan out there, you should be proud with yourself!! Bila kita cakap slang Sabah, tidak bermaksud kita tinggal di atas pokok ;). Mana ada orang Sabah tinggal diatas pokok lagi, semua pun ada rumah sudah bah, lengkap dengan piring Astro lagi. Gila ko, orang di Merotai pun semua ada Astro.

Saya Captain Usopp, Kamu Percaya Aku?

Rasanya betul lah apa orang cakap. Kalau sudah selalu membohong a.k.a menipu, kau cakap lah apa pun, susah juga orang mau percaya. Kedengaran macam satu alasan.

Aku ada satu pengalaman, ada seorang kawan, memang kuat menipu. Banyak dia tipu sa ni. Tapi sebab dia seorang kawan, tak apalah. Aku maafkan kau, aku kawan juga dengan kau. Tapi apa pun yang dia cakap, susah betul hendak percaya. Contoh satu kes ini, kami berYM. Tiba-tiba dia tidak reply. Lama pula tuh. Dalam hati aku "Nahh...sah-sah lah ni layan hentai". Aku biar kan. Tiba-tiba dia YM "Sorry, saya bingung bah ni. PC ni hang..." Owehh....hang eh....bah. Iya lah tu. Konon. Ko ingat sa percaya ka? Tiada alasan lain lagi kah di dunia ni kau mau bagi, PC ko hang konon. Iya, lebih kurang seperti itulah yang saya rasa. Kesian dia kan. Maybe dia bercakap benar, tapi macam tak boleh diri ini mau percaya. Apa pun dia cakap, kedengaran satu alasan pula. Apalah nasib kau. Ya Tuhan, bukan aku mau berburuk prasangka, tapi memang susah mau percaya sudah sama dia.

Mesti kamu pun ada pengalaman begini kan? So, apalah yang kamu buat? Masih ada rasa percaya juga dalam diri kamu untuk orang sebegitu? Adakah aku terlalu kejam, sebab terus cop dia yang negatif-negatif?

Jadi kawan-kawan, kamu fikirkan lah. Tidak baik menipu. Lain lah tipu sunat. Tapi tipu sunat pun tidak boleh selalu. Nanti orang tidak percaya kamu, jadi macam Captain Usopp.




Jalan Harus Di Ingat

Bila teringat Mandy Moore, aku teringat Shane West. Bila teringat dorang dua, aku teringat Jamie dan Landon. Bila aku fikir-fikir balik, maybe itu antara reason kenapa aku susah untuk give up dengan dua manusia tuh. Maybe sebab aku berharap, miracle akan terjadi, seperti si Landon, yang mana nanti mereka akan sedar dan berubah untuk aku. Tapi realitinya, itu hanya lah movie okeh? Okeh kah?? Em aku bertanya sama diri sendiri nieh. Okeh kah?? Did u get it??? Bah.


So, siapa juga si Jamie ni? Siapa juga si Landon ni? Yang pasti nama ku bukan si Jamie, dan aku tidak silap taip, bukan London tapi Landon. Hey stop it and just straight to the point!

A Walk to Remember.

Kamu pernah tengok ka movie ni? If belum pernah, memang kamu kerugian besar. Mungkin orang yang anti jiwang akan mengutuk-ngutuk aku sekarang, tapi movie ni memang bagus. Landon, lakonan Shane West, seorang yang nakal, siapa sangka akan jatuh cinta sama si Jamie budak nerd? Ala....cerita pasal budak nakal jatuh cinta dengan budak alim, LAPUK! Mungkin itu yang kamu fikir. Tapi hasil lakonan Shane dan Mandy, jalan cerita....A Walk to Remember memang special, unik, lain dari drama Malais yang nda best langsung. Aku tidak tau lagi camana mo describe ni movie, tolonglah siapa-siapa yang belum tengok, tengok lah kamu.

"You have to promise you won't fall in love with me" 

Siapa kenal ayat ni? Diantara ayat si Jamie yang paling aku ingat. Cis betul si London, dia kasi ketawa bila si Jamie cakap begini, but in the end, dia juga yang jatuh cinta...

Satu babak yang aku suka, bila dorang buat show tuh. Si Landon terdiam terkesima bila si Jamie keluar, cantik bak bidadari, menyanyi dengan suara yang merdu, seronok betul tengok muka si Landon sepanjang masa tuh. Hahah muka macam menahan. Then si Jamie duduk, menggoyangkan bahu, macam mau menggoda, then si Landon tia boleh tahan lagi. Dan kemudian, woo tak boleh cakap lah. Kamu tengok sendiri ni video. Antara lagu favorite..sangat mengharukan.


Kudos juga untuk Shane West, sebab dia berjaya melakonkan watak Landon, siap menangis tuh yang tidak boleh tahan. Siapa yang tidak terharu dan teda keluar air mata time tengok scene ni, kamu memang bukan manusia lah. Wajib menangis okeh time scene si Landon menangis dalam kereta dan time dia jumpa daddy dia. Sob sob...*tengok menangis sudah aku*

Sememangnya, cerita ni my favorite. Berpuluh kali sudah aku tengok, tapi masih tidak rasa bosan dan masih lagi aku layan fokus 100% menyelami tiap-tiap bait kata-kata dorang. Novel dia, fuhh lagilah. Dulu time di matriks, aku sanggup nda tidur malam sebab mau habiskan baca tuh novel. Dalam mood kan, so mesti habiskan juga.



"She makes me want to be different, better". Mungkin aku selalu berharap yang mereka berdua rasa begini, sebab tu aku tak pernah give up with them. Tapi ini lah dunia realiti. Tolonglah kau sedar, sedar! *Pang pangg muka ku. Auch sakit sungguh*

So, aku mau sambung berangan. Aku mau jadi si Jamie, Shane West tetap jadi si Landon. I love u Shane, tapi owh tidak, haruskah aku mati??

=(


Mereka paru-paru ku

Aku baring dalam bilik yang gelap, malam ini sejuk sekali. Hujan baru berhenti turun, dengan kuasa kipas macam enjin turbo boat-boat nelayan, ahh sejuk. Aku lihat di siling.. ahh gelap, mana nampak. Fikiran ku terasa jauh sekali. Hati ku terasa kosong sekali. Aku teringatkan dia, dan juga si dia. Susah, ada dua orang si dia dalam hidup ku. Si dia dan si dia, dua-dua bukan milikku. Hmm rasanya tak boleh juga cakap begitu.


Yang satu, pernah tinggalkan aku, dan kini datang kembali, menawarkan tempat untuk aku berkongsi kasih. Dan sewaktu aku berkata 'Iya', dia bukan milikku sepenuhnya. Yang satu lagi, datang tidak disangka, menerima diriku dengan seadanya. Belum sempat kami bersama, dia tinggalkan juga aku kerana status diriku 'si bekas kekasih kepada si dia'. Aku rasa aku tak pernah penting pun dalam hidup dia.

Memeningkan? Terlalu banyak 'dia' dalam tulisan ini? Tidak apa, sepening kamu, pening lagi hidup ku. Aku hilang rasa, aku tidak tahu apa harus ku rasa. Yang aku tahu, ada satu lubang besar dalam jiwa ku, dan lubang itu tidak pernah mengecil. Paling hairan, aku tak dapat lepaskan keduanya. Adakah aku tamak? Mungkin. Sebab aku ada perasaan 'sayang' untuk kedua mereka. Dan kedua mereka, adalah dalam golongan 'lelaki tidak guna' atau senang dalam english, bastard.

Tapi seteruk perangai mereka, luka mana pun hati ini dengan perbuatan mereka, sayang ini masih disitu. Dan buat aku betul-betul keliru. Kadang-kadang aku tanya "Tuhan, kenapa kau berikan perasaan kasih untuk dua orang lelaki pada waktu ini?" dan aku jawab pada diriku, mungkin ada hikmah disebaliknya. Yang aku pasti, aku takkan ada dua suami.

Merindui seseorang sudah menyeksakan. Merindui dua orang, bukan lagi penyeksaan, aku kategorikan dalam kes membunuh. Rindu mana pun aku pada mereka, satu orang pun takkan jadi milikku sepenuhnya.





Aku si Hipokrit



Hari ni aku rasa semacam. Semua serba tak kena. Marah, geram, fedupp, tekanan. Semua tak kena. Mata pun jadi cengeng. Rasa langsung tak ada mood. Bosan. Macam ada lubang besar dalam hati aku.

Dan akhirnya tadi, aku tersenyum. Segala kekurangan yang ada tadi semua telah dipenuhi. Heheheh hipokritnya aku. Aku tunggu panggilan dia rupanya. =)


Aku harus berhati-hati. Aku dah hampir jatuh dalam perangkap ini. Bukan aku dah berjanji nak buat cool dan tak kisah ker? Nampaknya, perkara yang dulu memang susah nak dilepaskan.


Terima kasih sebab call.