Showing posts with label Bakul Sampah. Show all posts
Showing posts with label Bakul Sampah. Show all posts

Saya Captain Usopp, Kamu Percaya Aku?

Rasanya betul lah apa orang cakap. Kalau sudah selalu membohong a.k.a menipu, kau cakap lah apa pun, susah juga orang mau percaya. Kedengaran macam satu alasan.

Aku ada satu pengalaman, ada seorang kawan, memang kuat menipu. Banyak dia tipu sa ni. Tapi sebab dia seorang kawan, tak apalah. Aku maafkan kau, aku kawan juga dengan kau. Tapi apa pun yang dia cakap, susah betul hendak percaya. Contoh satu kes ini, kami berYM. Tiba-tiba dia tidak reply. Lama pula tuh. Dalam hati aku "Nahh...sah-sah lah ni layan hentai". Aku biar kan. Tiba-tiba dia YM "Sorry, saya bingung bah ni. PC ni hang..." Owehh....hang eh....bah. Iya lah tu. Konon. Ko ingat sa percaya ka? Tiada alasan lain lagi kah di dunia ni kau mau bagi, PC ko hang konon. Iya, lebih kurang seperti itulah yang saya rasa. Kesian dia kan. Maybe dia bercakap benar, tapi macam tak boleh diri ini mau percaya. Apa pun dia cakap, kedengaran satu alasan pula. Apalah nasib kau. Ya Tuhan, bukan aku mau berburuk prasangka, tapi memang susah mau percaya sudah sama dia.

Mesti kamu pun ada pengalaman begini kan? So, apalah yang kamu buat? Masih ada rasa percaya juga dalam diri kamu untuk orang sebegitu? Adakah aku terlalu kejam, sebab terus cop dia yang negatif-negatif?

Jadi kawan-kawan, kamu fikirkan lah. Tidak baik menipu. Lain lah tipu sunat. Tapi tipu sunat pun tidak boleh selalu. Nanti orang tidak percaya kamu, jadi macam Captain Usopp.




Jalan Harus Di Ingat

Bila teringat Mandy Moore, aku teringat Shane West. Bila teringat dorang dua, aku teringat Jamie dan Landon. Bila aku fikir-fikir balik, maybe itu antara reason kenapa aku susah untuk give up dengan dua manusia tuh. Maybe sebab aku berharap, miracle akan terjadi, seperti si Landon, yang mana nanti mereka akan sedar dan berubah untuk aku. Tapi realitinya, itu hanya lah movie okeh? Okeh kah?? Em aku bertanya sama diri sendiri nieh. Okeh kah?? Did u get it??? Bah.


So, siapa juga si Jamie ni? Siapa juga si Landon ni? Yang pasti nama ku bukan si Jamie, dan aku tidak silap taip, bukan London tapi Landon. Hey stop it and just straight to the point!

A Walk to Remember.

Kamu pernah tengok ka movie ni? If belum pernah, memang kamu kerugian besar. Mungkin orang yang anti jiwang akan mengutuk-ngutuk aku sekarang, tapi movie ni memang bagus. Landon, lakonan Shane West, seorang yang nakal, siapa sangka akan jatuh cinta sama si Jamie budak nerd? Ala....cerita pasal budak nakal jatuh cinta dengan budak alim, LAPUK! Mungkin itu yang kamu fikir. Tapi hasil lakonan Shane dan Mandy, jalan cerita....A Walk to Remember memang special, unik, lain dari drama Malais yang nda best langsung. Aku tidak tau lagi camana mo describe ni movie, tolonglah siapa-siapa yang belum tengok, tengok lah kamu.

"You have to promise you won't fall in love with me" 

Siapa kenal ayat ni? Diantara ayat si Jamie yang paling aku ingat. Cis betul si London, dia kasi ketawa bila si Jamie cakap begini, but in the end, dia juga yang jatuh cinta...

Satu babak yang aku suka, bila dorang buat show tuh. Si Landon terdiam terkesima bila si Jamie keluar, cantik bak bidadari, menyanyi dengan suara yang merdu, seronok betul tengok muka si Landon sepanjang masa tuh. Hahah muka macam menahan. Then si Jamie duduk, menggoyangkan bahu, macam mau menggoda, then si Landon tia boleh tahan lagi. Dan kemudian, woo tak boleh cakap lah. Kamu tengok sendiri ni video. Antara lagu favorite..sangat mengharukan.


Kudos juga untuk Shane West, sebab dia berjaya melakonkan watak Landon, siap menangis tuh yang tidak boleh tahan. Siapa yang tidak terharu dan teda keluar air mata time tengok scene ni, kamu memang bukan manusia lah. Wajib menangis okeh time scene si Landon menangis dalam kereta dan time dia jumpa daddy dia. Sob sob...*tengok menangis sudah aku*

Sememangnya, cerita ni my favorite. Berpuluh kali sudah aku tengok, tapi masih tidak rasa bosan dan masih lagi aku layan fokus 100% menyelami tiap-tiap bait kata-kata dorang. Novel dia, fuhh lagilah. Dulu time di matriks, aku sanggup nda tidur malam sebab mau habiskan baca tuh novel. Dalam mood kan, so mesti habiskan juga.



"She makes me want to be different, better". Mungkin aku selalu berharap yang mereka berdua rasa begini, sebab tu aku tak pernah give up with them. Tapi ini lah dunia realiti. Tolonglah kau sedar, sedar! *Pang pangg muka ku. Auch sakit sungguh*

So, aku mau sambung berangan. Aku mau jadi si Jamie, Shane West tetap jadi si Landon. I love u Shane, tapi owh tidak, haruskah aku mati??

=(


Bakul Sampah #1: Blog baru, ada bau kedai ka??

Hait!! Arigato gazaimasu!!!


Tiba-tiba cakap jepun. Awal-awal sudah sawan.

Hallo semua. Ini saya punya 1st post. Biasalah, 1st post ni selalu nya cakap merepek2 saja.
Intro kan? Apa lagi mau cakap? Nda kan mau cerita biografi saya pula kan?

Saya ni baru ja dengan dunia blog-blog ni. Biasalah, mau berkongsi-kongsi cerita kan?
Jadi, pada masa sekarang ni mungkin baru sa sorang pembaca di blog ini, tapi kita harap-haraplah selepas ni ramai orang baca cerita-cerita sa kan.

Saya ni bagus juga bila becerita. Pandai ni, wakil sekolah dulu ni kalau ada pertandingan becerita di sekolah. Nahh menipu lagi. Hahaha. Sebenarnya, sebab tiada orang mau dengar sa becerita lah, itulah makanya sa becerita disini.

Mungkin saya akan cerita pasal hal peribadi, hal isu semasa, hal gosip terkini, atau apa-apa sajalah yang telintas di otak fikiran kan.

Okehlah, chow chin chauuu!!

Kudos
11.57pm
Jan 28 10